Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Ketua Pemuda UMNO Kluang dipilih calon BN PRK DUN Mahkota - X-press Malaysia
Home / YANG VIRAL / Ketua Pemuda UMNO Kluang dipilih calon BN PRK DUN Mahkota

Ketua Pemuda UMNO Kluang dipilih calon BN PRK DUN Mahkota

Walaupun Pergerakan Wanita UMNO sangat berharap seorang wanita jadi calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor pada 28 September ini namun Ketua Pemuda UMNO bahagian Kluang Syed Hussien Syed Abdullah telah dipilih.

Pemilihan Syed Hussien telah diumumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi semasa Majlis Pengumuman Jentera dan Pengenalan Calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil N29 Mahkota di Command Center BN N29 Mahkota diKluang petang Sabtu.

Sekitar 5,000 jentera dan ahli parti hadir pada majlis yang disertai Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua UMNO Bahagian Kluang, Datuk Md Jais Sarday.

Pengumuman itu disambut dengan sorakan gemuruh para hadirin.

Kerusi DUN Mahkota menjadi kosong ekoran kematian penyandang Allahyarham Datuk Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu.

Allahyarham merupakan orang kuat Wanita UMNO.

Sharifah Azizah menang kerusi itu pada pilihanraya negeri Mac 2022 dengan majoriti 5,166 undi menewaskan tiga calon lain.-7/9/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *