TAHUKAH ANDA
Mohamad Haizan…calon PN PRK DUN Mahkota

Perikatan Nasional (PN) umum Ahli Jawatankuasa Bersatu Bahagian Kluang Mohamad Haizan Jaafar, 58 sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
Pengumuman dibuat oleh Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Kluang Selasa malam.
Haizan ialah bekas pemain bola sepak semi pro Johor yang juga seorang jurulatih.
Dua hari lalu, Ketua Pemuda Umno Kluang Syed Hussien Syed Abdullah dinamakan sebagai calon BN pada PRK 28 September itu.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandang kerusi dari BN, Allahyarhamah Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu.- 10/9/2024