Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Polis serbu rumah amal disyaki eksploitasi kanak-kanak - X-press Malaysia
Home / YANG VIRAL / Polis serbu rumah amal disyaki eksploitasi kanak-kanak

Polis serbu rumah amal disyaki eksploitasi kanak-kanak

Polis menahan 171 individu dalam serbuan ke atas 20 premis di Selangor dan Negeri Sembilan berkait kes eksploitasi agama dan kanak-kanak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata kesemua individu berkenaan ditahan dalam operasi Op Global pada Rabu dan direman sehingga 14 September ini.

Dalam operasi sama, 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara setahun hingga 17 tahun dengan 201 daripadanya kanak-kanak lelaki dan 201 kanak-kanak perempuan diselamatkan dalam serbuan berkenaan.

Menurut Razarudin, modus operandi Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) yang menggunakan agama menutup kejahatan termasuk mendidik mangsa untuk meliwat.

“Modus operandi GISB…mangsa-mangsa ini diajar, dididik meliwat dan seterusnya mangsa diliwat oleh penjaga dan (mangsa juga) dipaksa meliwat penghuni kanak-kanak yang lain juga. Maklumat ini daripada risikan dan percakapan yang telah kita rakam dari awal.

“Keduanya ialah mangsa-mangsa yang tidak sihat tidak dibenarkan mendapat rawatan di klinik sehingga keadaan kritikal. Mangsa kanak-kanak dan juga sentimen agama digunakan untuk menagih simpati untuk mendapat sumbangan daripada orang luar.

“Malah ada petugas-petugas ini juga menyentuh tubuh badan seolah-olah kononnya mengamalkan perubatan bagi merawat mereka yang sakit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

Menurutnya, kanak-kanak yang didakwa degil juga dicederakan dengan objek panas termasuk beberapa orang yang berusia lima tahun dicederakan pada tangan dengan sudu panas.- 11/9/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *