Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
KKM kesan satu kes positif Mpox – KP Kesihatan - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / KKM kesan satu kes positif Mpox – KP Kesihatan

KKM kesan satu kes positif Mpox – KP Kesihatan

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kes positif cacar monyet atau mpox varian clade II di negara ini, semalam,Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata kes berkenaan dikesan daripada 58 kes disyaki mpox yang telah dirujuk kepada KKM sepanjang tahun ini.

Beliau berkata pesakit berkenaan merupakan seorang lelaki warga tempatan yang mula menunjukkan gejala demam, sakit tekak dan batuk pada 11 Sept lepas manakala ruam mula muncul pada 12 Sept.

Dr Muhammad Radzi berkata individu yang sedang dalam isolasi itu tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul dan kini berada dalam keadaan stabil.

“Semua kontak bagi pesakit ini sedang dikenal pasti dan status kesihatan mereka akan dipantau mengikut tatacara kendali piawai (SOP) semasa yang ketat,” katanya dalam kenyataan Selasa.

Beliau berkata sejak 26 Julai 2023, terdapat 10 kes mpox yang direkodkan di negara ini adalah dari varian clade II sahaja.

Menurut Dr Muhammad Radzi, bilik gerakan mpox yang diaktifkan pada 16 Ogos lepas di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan sentiasa memantau situasi mpox serta menyelaraskan pelbagai langkah kesiapsiagaan serta respons yang berkenaan.

“Bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan membolehkan orang ramai memainkan peranan dengan meningkatkan kawalan kesihatan kendiri, KKM meneruskan hebahan melalui pelbagai saluran media massa dan media sosial,” katanya.— BERNAMA – 17/9/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *