TAHUKAH ANDA

Sudah setahun empat bulan menantu Muhyiddin menghilangkan diri

Kini sudah setahun empat bulan menantu Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu, Muhammad Adlan Berhan,48 yang yang diburu SPRM untuk didakwa di mahkamah atas kes pecah amanah menghilangkan diri.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kata SPRM masih gagal mengesan Muhammad Adlan yang menghilangkan diri sejak Mei tahun lalu.

Katanya pada sidang akhbar di Putrajaya Rabu situasi ini menyebabkan pihak mereka tidak dapat membawa pulang Muhammad Adlan untuk didakwa di mahkamah berhubung pertuduhan pecah amanah.

“Beliau (Muhammad Adlan) tak dapat lagi, tak dapat dikesan untuk dibawa balik ke Malaysia,” katanya.

Pada Februari lalu Azam beritahu kertas siasatan membabitkan Muhammad Adlan sudah pun selesai.

Katanya SPRM sudah hantar kertas siasatan itu bagi pertuduhan di mahkamah.

Pada 13 Jun lalu, SPRM memaklumkan cuba mendapatkan kerjasama Polis Antarabangsa (Interpol) dan pihak berkuasa lain bagi memburu Muhammad Adlan.

Dalam pada itu PDRM juga telah menyerah dokumen diperlukan kepada Interpol untuk permohonan Notis Merah terhadap Muhammad Adlan dan peguamnya Mansoor Saat, 69.

Semakan rekod oleh SPRM juga mendapati kedua-dua individu terbabit sudah meninggalkan Malaysia, masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei tahun lepas.

Muhammad Adlan terbabit dalam kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.- 18/9/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button