YANG VIRAL

Fattah Amin – Fazura sah cerai talak satu

Rumah tangga pasangan selebriti terkenal Fattah Amin dan Nur Fazura yang dibina tujuh tahun lampau berkecai apabila mereka sah bercerai talak satu pada pagi Isnin.

Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin, 33,melafazkan talak satu terhadap Fazura atau nama sebenar, Nur Fazura Sharifuddin, 40 hadapan Hakim Syarie Abdul Malek Soleh pada jam 9.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, di Shah Alam.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4.

Kisah rumah tangga mereka menjadi perhatian bila Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pada 13 September lalu.

Bagaimanapun, Fattah dilapor berkata, dia terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.

Ketika prosiding kes pertama pada 25 September lalu, Fattah enggan menceraikan Fazura atas alasan masih lagi menyayangi isterinya, manakala Fazura nekad mahu berpisah.

Ketika ditemui wartawan selepas prosiding di mahkamah hari ini,Fazura antara lain mendakwa punca perceraian ialah Fatah curang dan abai dalam pemberian nafkah.

Dia juga mendakwa telah sediakan rumah dan beli kereta jenis Range Rover untuk kegunaan Fattah.

Fattah pula Ketika ditemui wartawan menafikan dakwaan Fazura.

Dia berkata boleh periksa butiran akaun banknya untuk membuktikan dakwaan pasal nafkah tidak benar.

Mengenai kereta Range Rover,dia menjelaskan ia merupakan kereta syarikat milik Fazura dimana dia turut berkerja.

Dakwanya gajinya dipotong untuk menampung belian kereta itu.- 7/10/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button