Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Miliki pistol tiruan, Yusoff Rawther didakwa sekali lagi - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / Miliki pistol tiruan, Yusoff Rawther didakwa sekali lagi

Miliki pistol tiruan, Yusoff Rawther didakwa sekali lagi

Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur pada Rabu atas pertuduhan memiliki dua pucuk pistol tiruan, bulan lepas.

Muhammed Yusoff Rawther, 31, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S. Mageswary.

Tertuduh didakwa memiliki dua pucuk pistol tiruan itu di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Bukit Kiara, Brickfields di Kuala Lumpur pada 9.25 pagi, 6 Sept lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi setahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-keduanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman mencadangkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dikenakan kepada tertuduh.

Peguam Nurmustanir Md Nor yang mewakili Muhammed Yusoff berkata sebelum ini anak guamnya telah dituduh di Mahkamah Majistret berasingan di Kuala Lumpur di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Memandangkan anak guam saya ada kes di bawah Seksyen 39B, maka jaminan tidak dibenarkan dan dia direman di Penjara Sungai Buloh. Oleh itu, saya tiada arahan untuk jaminan,” kata peguam itu.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 12 Nov ini untuk sebutan semula kes.

Pada 12 Sept lepas, Muhammed Yusoff didakwa di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.– BERNAMA 9/10/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *