Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
ASEAN digesa tolak tawaran sebabkan perpecahan - X-press Malaysia
Home / YANG VIRAL / ASEAN digesa tolak tawaran sebabkan perpecahan

ASEAN digesa tolak tawaran sebabkan perpecahan

Malaysia menggesa negara anggota ASEAN untuk menolak tawaran yang cenderung menyebabkan perpecahan di rantau ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam seruannya berkata, ASEAN perlu tegas dan tidak goyah dalam menyampaikan mesej yang jelas kepada dunia bahawa kumpulan ini mesti terus kekal bersatu.

Beliau berkata, ASEAN juga harus menjadi penggerak utama dalam memastikan keamanan, keselamatan dan kerjasama di rantau ini.

“Seiring dengan peningkatan ketegangan global dan dominasi polarisasi berbanding integrasi, sebarang keretakan dan perpecahan dalam ASEAN berisiko dieksploitasi, yang boleh merugikan pusat kepimpinan dan kesatuan ASEAN,” katanya pada Sesi Pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 di Vientiane pada Rabu, lapor Bernama.

Selaras dengan kepentingan keamanan dan kestabilan untuk pertumbuhan serta kemakmuran berterusan di rantau ini, Anwar berkata adalah penting bagi ASEAN untuk terus memupuk dan mengukuhkan hubungan dengan rakan dialog serta rakan kongsi luar.

Beliau berkata, Malaysia juga menggalakkan rakan dialog ASEAN untuk menguruskan perbezaan mereka demi mencapai hasil yang positif.

“Kita tidak boleh menekankan secara berlebihan betapa pentingnya dialog dan kerjasama sebagai asas kepada persahabatan dan hubungan baik,” katanya. – 9/10/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *