TAHUKAH ANDA

Pulau Pinang negeri kelima isytihar GISB ajaran sesat

Perlis, Selangor, Pahang dan Melaka…pada Jumaat Pulau Pinang jadi negeri kelima isytihar GISB ajaran sesat.

Ia diumum Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mohamad Abdul Hamid menerusi satu kenyataan.

Katanya jawatankuasa fatwa negeri percaya GISB dan rangkaiannya masih terlibat dalam mempromosi ajaran Aurad Muhammadiah.

Ia juga menyatakan bahawa GISBH amal perbuatan penindasan dalam aktiviti ekonomi khususnya terhadap wanita dan kanan kanak.- 18/10/2024

Melaka negeri keempat putuskan ajaran GISB sesat…

Selepas Perlis,Selangor dan Pahang…Melaka ikut serta mengisytiharkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) sebagai sesat.

Hal ini di maklum oleh Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil kepada wartawan selepas satu majlis di Ayer Keroh Isnin.

Katanya keputusan itu dibuat kerana terdapat amalan persamaan dengan ajaran Al-Arqam yang difatwakan haram di negeri ini pada tahun 1994.

Beliau berkata, ia diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri yang diadakan pada 3 Oktober dan kini dalam proses untuk dibawa ke dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

“Seterusnya perkara itu akan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bahawa GISBH adalah sesat, menyeleweng dan bertentangan dengan hukum syarak.

“Kita melihat ada beberapa perkara iaitu dalam elemen GISBH dan mungkin ada beberapa elemen lain ada juga serpihan-serpihan daripada kumpulan Al-Arqam khususnya daripada keluarga Ashaari Muhammad.

“Ada juga persamaan ciri-ciri yang dipegang oleh pengikut-pengikut bekas Al-Arqam dan Rufaqa,” katanya.

Menurut Halim meskipun mereka telah mendaftar ataupun menjenamakan pertubuhan itu sebagai GISBH, namun pihaknya mengambil ketetapan tersebut kerana terdapat persamaan dari sudut kepercayaan, amalan, pegangan mereka, wirid dan sebagainya dengan ajaran sesat Al-Arqam.

Sebelum ini Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mengisytiharkan GISBH sebagai ajaran sesat, sekali gus negeri pertama yang mengeluarkan fatwa itu diikuti Selangor dan Pahang.- 14/10/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button