Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Nooryana Najwa anak DS Najib dilantik Ahli Lembaga Pengarah MATRADE 2024 - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / Nooryana Najwa anak DS Najib dilantik Ahli Lembaga Pengarah MATRADE 2024

Nooryana Najwa anak DS Najib dilantik Ahli Lembaga Pengarah MATRADE 2024

Nooryana Najwa,anak kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencuri perhatian bila dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Beliau kini ialah seorang Exco Puteri UMNO Malaysia yakni jawatan yang dimenangi sewaktu pemilihan parti yang lalu.

Perlantikan beliau diumum oleh Pengerusi MATRADE, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerusi perkongsian di media sosial semalam.

Katanya pelantikan itu diputuskan menerusi Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (ALP) MATRADE Bil/2024.

Semasa mesyuarat itu Nooryana Najwa lafaz sumpah ikrar bebas rasuah bersama-sama dua lagi ALP iaitu Datuk Hairil Yahri Yaacob dan Dr Mastura Abdul Karim.

Nooryana Najwa 36, adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Politik Antarabangsa dan Dasar Luar dari Universiti Georgetown; Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Wharton School of Business serta Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam di Harvard Kennedy School yang ketiga-tiganya terletak di Amerika Syarikat. – 16/10/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *