TAHUKAH ANDA

Pemuda UMNO gesa tubuh RCI siasat isu Fashion Valet dan Nafas

Bagi Pemuda UMNO Malaysia oleh kerana isu kerugian pelaburan Khazanah dan PNB dalam Fashion Valet melibatkan dana awam maka satu siasatan yang telus perlu dilakukan.

Ketuanya, Dr Akmal Saleh juga menegaskan hasil siasatan perlu dibentangkan kepada awam supaya ia dapat menjadi pengajaran pada masa akan datang.

Maka beliau menggesa kerajaan supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Serentak dengan itu Dr Akmal juga mahu RCI jalankan siasatan keatas kemelut Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas).

Menerusi hantaran di facebook pada Ahad beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana bertegas dalam isu yang ketika ini sedang menjadi polemik.

“Terima kasih PMX (Anwar) atas pendirian yang tegas ini. Untung rugi syarikat adalah perkara biasa, tetapi jika dana itu datangnya dari dana awam, maka satu siasatan yang telus perlu dilakukan dan dibentangkan kepada awam juga supaya ia dapat menjadi pengajaran pada masa akan datang.

“Maka kami cadangkan agar RCI dapat ditubuhkan untuk menyiasat dua perkara yang menjadi polemik negara ini

“Sama ada Fashion Valet ataupun Nafas jika ada salah laku yang wujud maka jangan biarkan waima seorang pun terlepas dari kartel-kartel yang menelan duit rakyat ini,” katanya.

Perdana Menteri telah mengarahkan Khazanah untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta.

Anwar yang juga Pengerusi Khazanah berkata arahan tegas itu, sebagai memaknai pengumumannya sebelum ini yang mengarahkan Jabatan Audit Negara melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

SPRM juga sedang menyiasat Nafas, yang berada di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, berhubung dakwaan penglibatan kartel dalam kontrak pengedaran dan pembekalan baja padi.-2/11/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button