Gembar gembur mengenai pemilihan parti Bersatu khususnya bagi tiga jawatan Naib sudah berlalu.
Kini sudah rasmi jawatan berkenaan menjadi milik Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Dr Radzi Jidin dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Ronald Kiandee dan Radzi Jidin berjaya mempertahankan jawatan masing masing manakala Ahmad Faizal ialah ‘muka baru’ yang melepaskan jawatan Timbalan Presiden untuk bertanding barisan nombor tiga kepimpinan parti.
Ia dibawah rangka formula ‘pelan kompromi’ yang diatur oleh Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk beri laluan kepada Datuk Seri Hamzah Zainuddin meraih jawatan nombor dua itu.
Difahamkan Datuk Seri Azmin Ali akan dilantik mengisi jawatan Setiausaha Agung Bersatu yang dikosongkan oleh Hamzah.
Tiga yang tewas dalam pemilihan jawatan Naib Presiden ialah A’ziss Zainal Abiddin, Datuk Razali Idris dan Mohd Rafiq bin Abdullah.
Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi di ibu pejabat Bersatu pada Isnin.
Sementara itu, beberapa nama besar tersenarai sebagai ahli majlis pimpinan tertinggi Bersatu, dalam keputusan penuh yang diterbitkan petang tadi.
Antara yang terpilih Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Ahli Parlimen Machang), Datuk Dr Sahruddin Jamal (bekas Menteri Besar Johor), Datuk Seri Saifuddin Abdullah (Ahli Parlimen Indera Mahkota), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), dan Dr Afif Bahardin (Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Medan).
Berikut keputusan penuh Pemilihan Bersatu 2024-2027:
Presiden
– Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Presiden
– Datuk Seri Hamzah Zainudin
Naib Presiden
– Datuk Seri Mohd Radzi Md Jidin
– Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
– Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
Ahli Majlis Tertinggi
– Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz
– Datuk Zainol Fadzi Paharudin
– Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan
– Mohd Taufik Yaacob
– Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
– Mohamad Hanifah Abu Baker
– Muhammad Affan Jumahat
– Datuk Dr Sahruddin Jamal
– Mohd Fadzil Yaakub
– Datuk Seri Saifuddin Abdullah
– Datuk Rosol Wahid
– Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi
– Dr Afif Bahardin
– Abu Bakar Hamzah
– Mohd Yazid Mohd Yunus
– Zulkifli Bujang
– Yunus Nurdin
– Ling Ting Khai
– Datuk Asmawi Harun
– Datuk Muhammad Yadzan Mohammad