Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Anwar ucap tahniah kepada Trump menang Pilihan Raya Presiden AS - X-press Malaysia
Home / YANG VIRAL / Anwar ucap tahniah kepada Trump menang Pilihan Raya Presiden AS

Anwar ucap tahniah kepada Trump menang Pilihan Raya Presiden AS

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Donald Trump atas kebangkitan politik yang luar biasa dan kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS).

Dalam hantaran di Facebook dan X, Anwar berkata, babak baharu ini membawa peluang yang diperbaharui dan Malaysia bersedia untuk bergerak ke hadapan dengan kerjasama, optimisme, dan matlamat bersama.

“Kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan presiden baharu ini bagi meraih manfaat bersama untuk rakyat kedua-dua negara,” katanya.

Anwar menekankan bahawa AS kekal sebagai sumber pelaburan asing terbesar Malaysia dan pemain penting di rantau Asia Pasifik.

Sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, Perdana Menteri berkata, Malaysia berharap AS akan memberi nafas baharu dalam penglibatannya dengan Asia Tenggara.

“Kami juga menggesa AS menggunakan pengaruhnya yang besar untuk membantu menghentikan keganasan dan kehilangan nyawa yang dahsyat di Palestin dan Ukraine,” katanya.

Calon Republikan, Trump, 78, telah mengisytiharkan kemenangan dalam Pilihan Raya Presiden AS 2024 mengatasi calon Demokrat, Kamala Harris.

— Bernama – 6/11/2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *