Ketua Eksekutif Sekreteriat Kongres Maruah Melayu, Profesor Emeritus Datuk Dr. Zainal Kling bercakap pada sidang media mengenai Kongres Maruah Melayu di Wisma BERNAMA, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 30 SEPTEMBER 2019

Dr Zainal Kling sudah tiada…

Nama Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling adalah antara nama yang dikenali ramai dikalangan tokoh akademik.

Jam 4.30 pagi Khamis beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam pada usia 80 tahun.

Difahamkan Allahyarham yang dikenali sebagai pakar sejarah menghadapi masalah kesihatan akibat komplikasi diabetik yang dialaminya.

Allahyarham adalah bekas Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Malaya dan bekas Penyandang Kursi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pakar Bidang Ensiklopedia Dunia, Pengerusi Pakar Bidang Kebudayaan, Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Ahli Jawatankuasa Penerbitan DBP dan Ahli Majlis Pemandu Basmi Kemiskinan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar.- 6/11/2024

Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *