Ramai yang menduga ia besar kemungkinan ada kaitan dengan sukan bola sepak.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah nampak serius berbincang dengan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Mengikut laman facebook HRH Crown Prince of Johor pertemuan ini berlangsung semalam,Isnin.
Tiada sebarang kenyataan dikeluarkan selepas pertemuan itu.
Tunku Mahkota Ismail adalah pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) manakala Tengku Amir menerajui Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).- 3/12/2024