Ini kes amat berat jika benar.Bayangkan pelbagai implikasi pasti timbul jika data MyKad seramai 17 juta rakyat Malaysia bocor dan dijual di laman web gelap.
Kebocoran data itu didakwa seorang pengguna laman X dikenali sebagai Fusion Intelligence Center @ StealthMole.
Kejutan tentang dakwaan yang sedang berlegar itu terus mengundang reaksi segera dari Menteri Dalam Negeri (KDN)Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Bercakap dalam sidang akhbar di Jitra pada Rabu,beliau berkata “Saya segera semak, pertama dengan JPN bahagian berkenaan yang kedua, dengan bahagian keselamatan teknologi maklumat, kedua-duanya mengesahkan tiada insiden itu.”
“Dakwaan itu timbul daripada seorang pengguna media sosial, dia pamerkan beberapa MyKad yang dia kata 17 juta, tapi pamer beberapa keping.”katanya.
Saifuddin meminta rakyat agar berhati-hati apabila menerima maklumat seperti ini.
“Mudah sekali sebar apabila tunjuk beberapa keping MyKad lepas tu kata 17 juta, lebih baik tidak disebarkan berita ini,” ujarnya.
Beliau beri jaminan berkenaan integriti data terutamanya melibatkan maklumat penduduk di negara ini.- 4/12/2024