Monday - 21, April 2025

Impian Krismas Eropah Menanti di Suria KLCC

Share

Suria KLCC, destinasi membeli-belah ikonik Malaysia, mengundang para pengunjung untuk merasai keajaiban ‘European Christmas Village’ dari 22 November hingga 25 Disember 2024.

Centre Court di Suria KLCC telah bertukar menjadi destinasi percutian yang indah, menampilkan gerai-gerai yang direka seperti bangunan kayu tradisional Eropah. Jelajahi perkampungan ini di sepanjang lorong yang menyerupai jalan batu buntar, dihiasi pokok Krismas dengan lampu yang berkelipan dan dekorasi perayaan. Pengunjung akan menemui gerai bunga, kedai roti, dan kedai mainan yang menawarkan pengalaman menarik untuk menghidupkan semangat Krismas.

Di gerai bunga, pengunjung boleh menyertai ‘Christmas Wreath Workshop’ secara percuma pada setiap hari Sabtu dan mencipta hiasan Krismas mereka sendiri untuk dibawa pulang.

Sementara itu, di kedai roti, bengkel hiasan donat DIY pada setiap hari Ahad mengajak pengunjung menghias snek perayaan untuk dijadikan hadiah atau dinikmati sendiri.

Di kedai hadiah, terdapat ‘Festive Photobooth’ untuk menangkap momen indah. Pengunjung akan menerima cetakan foto sebagaii salinan digital.

Menambah lagi suasana magis, terdapat kereta kuda berhias indah yang sesuai sebagai latar belakang foto ‘Instagram-worthy’. Pokok Krismas ikonik setinggi 100 kaki di Esplanade KLCC juga akan bersinar terang dengan hiasan yang memukau, menjadi tumpuan utama sambutan ini.

Sambutan tidak akan lengkap tanpa kehadiran Santa Claus, yang akan memeriahkan suasana dengan sesi bertemu pengunjung pada setiap hari Sabtu dan Hari Krismas.

Pada setiap hari Ahad dan Hari Krismas, nyanyian koir Krismas akan mengisi suasana, mengajak pengunjung menyertai nyanyian meriah. Pada Hari Krismas, suasana perayaan akan dipertingkatkan lagi dengan persembahan tarian yang pasti memikat penonton.

Suria KLCC juga menawarkan ganjaran istimewa kepada pembeli sepanjang musim perayaan ini. Pengunjung yang berbelanja RM2,500 dan ke atas dalam dua resit akan menerima e-Baucar Membeli-Belah Suria KLCC bernilai RM100 melalui ‘Shoppers Rewards Programme’.

Selain itu, 50 pembeli pertama yang membeli e-baucar RM1,000 akan menerima tambahan e baucar RM100 secara percuma, menjadikan pengalaman membeli-belah lebih menyeronokkan.

Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, berkata, “Sebagai destinasi ikonik di kota Kuala Lumpur, Suria KLCC bukan sekadar pusat membeli-belah – ia adalah tempat di mana kenangan tercipta dan pengalaman dikongsi. Tahun ini, kami berharap dapat menyebarkan kehangatan musim ini dan mencipta detik magis yang menyatukan semua orang.”

Sherina Khairi
Pengurus, Komunikasi dan Perhubungan Awam
Suria KLCC Sdn Bhd

Read more

khabar terbaru