TAHUKAH ANDA

Hujan lebat tahap bahaya di Pahang, Terengganu dan Kelantan sehingga esok

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya yang diramal melanda beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang sehingga esok.

Menurut MetMalaysia, hujan sangat lebat dijangka berlaku di Hulu Terengganu, Marang, Dungun, dan Kemaman di Terengganu, serta Kuantan dan Pekan di Pahang.

Situasi ini berpotensi menyebabkan banjir kilat dan meningkatkan risiko lain kepada penduduk di kawasan terjejas.

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap buruk turut dikeluarkan untuk beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, dan Pahang.

Di Kelantan, kawasan yang dijangka terjejas termasuk Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai, dan Gua Musang. Di Terengganu, kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, dan Kuala Terengganu turut terlibat, manakala di Pahang, kawasan Jerantut, Maran, dan Rompin berada dalam kategori ini.

Amaran hujan berterusan tahap waspada juga dikeluarkan melibatkan beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, dan Johor.

Antaranya, di Kedah melibatkan Kubang Pasu, Kota Setar, dan Pokok Sena; di Perak, Hulu Perak dan Kuala Kangsar; serta di Kelantan, kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, dan Bachok.

Kawasan di Pahang seperti Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, dan Bera turut dijangka terkesan, manakala di Johor, Segamat, Mersing, dan Kota Tinggi berada dalam senarai amaran.

Penduduk di kawasan terjejas dinasihati agar sentiasa berwaspada terhadap perubahan cuaca, mengikuti perkembangan terkini dari MetMalaysia, dan mengambil langkah berjaga-jaga, khususnya mereka yang tinggal di kawasan berisiko banjir.-10/12/2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button