Monday - 14, July 2025

PM terus bersuara mengenai hipokrasi komuniti antarabangsa terhadap Palestin…

Share

Tidak kira samaada di dalam negeri atau di luar negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus membawa suara lantang Malaysia mengenai penderitaan rakyat di Palestin.

Ketika berucap merasmikan Sidang Kumpulan Visi Strategik: Interaksi Antara Rusia dan Dunia Islam di Kuala Lumpur pada Rabu beliau menghalakan kritikan terhadap sikap hipokrasi negara-negara yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia dan demokrasi namun hanya berdiam diri melihat pelanggaran yang jelas.

Katanya, penindasan yang terus-terusan berlaku di Palestin masih tidak ditanggapi komuniti antarabangsa meski segala-galanya dirampas dari rakyat di wilayah itu.

“Di Palestin, harta benda mereka dirampas, kekayaan mereka diranap dan tanah serta nyawa mereka dilenyapkan. Keheningan dunia terhadap perkara ini amat mengejutkan,” katanya.

“Mengapa bercakap tentang moral dan hak asasi manusia apabila ketidakadilan seperti ini diabaikan? Wujud jurang yang jelas antara apa yang diperkatakan dengan apa yang diamalkan,” katanya.

“Adalah penting untuk kembali kepada nilai asas keadilan dan kesaksamaan bagi memulihkan kepercayaan dan akauntabiliti di peringkat dunia,” ujarnya.

Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Anwar menyifatkan sikap berdiam diri terhadap konflik hari ini terutama penderitaan rakyat Palestin akan menjadi barah jika tiada tentangan masyarakat dunia.

Menurut Perdana Menteri tujuan penubuhan asal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menentang kolonialisme namun ketika ia melanda Palestin, dunia masih berdiam diri.

“PBB ditubuhkan untuk menentang kolonialisme, namun hari ini dunia seolah-olah membenarkan dan menerima kolonialisme.- 11/12/2024

Read more

khabar terbaru