Monday - 14, July 2025

Anwar umum tambahan subsidi FLYsiswa…

Share

Soal kebajikan kalangan mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan di semenanjung untuk balik kampong dari masa ke semasa turut mendapat perhatian kerajaan Madani.

Masalah besar yang mereka hadapi ialah isu tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.

Untuk mengurangkan beban mereka Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis mengumumkan kadar inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan, FLYsiswa dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 seorang bermula 1 Jan depan.

Anwar umumkan berita gembira itu ketika merasmikan Karnival FLYsiswa dan Karnival Pengangkutan Siswa MADANI di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Menurut beliau langkah itu merupakan antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan isu tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.

“Sebab itu kita bagi bantuan menerusi FLYsiswa dan untuk tahun hadapan, kita naik kepada RM400 daripada RM300 sebelum ini.

“Ini cara kita untuk tunjuk keprihatinan kerajaan ringankan sedikit beban anak-anak dari negeri yang terlibat,” katanya.

Turut hadir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.- 12/12/2024

Read more

khabar terbaru