Tu dia… Kos baik pulih jalan rosak sebab banjir gelombang pertama cecah RM312.1 juta

Tahukan anda… kos keseluruhan pembaikan jalan rosak yang terjejas akibat gelombang pertama banjir susulan Monsun Timur Laut (MTL) di seluruh negara dianggarkan RM312.1 juta sehingga 11 Disember 2024, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.
Bagaimanapun, katanya anggaran kos berkenaan masih tidak dapat dimuktamadkan sehingga gelombang MTL berakhir, justeru Kementerian Kerja Raya (KKR) masih menilai tahap kerosakan dan kos pembaikan keseluruhan.
“Kos penilaian akan dikemukakan dalam masa terdekat, selain itu saya dan pasukan (KKR) juga telah turun padang membantu mereka yang terkesan dalam gelombang pertama, malah sebelum itu pun kita telah mengaktifkan bilik gerakan bencana pada peringkat KKR.
“Berdasarkan pengalaman, KKR lebih bersedia untuk (banjir) tahun ini,” katanya.-12/12/2024