Monday - 6, January 2025

Fahmi harap kes fitnah YDP Agong dan PM makan restoran tak halal di JB jadi pengajaran…MCMC sedang siasat beberapa kes lain

Share

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berharap kes seorang individu yang telah memohon maaf setelah memfitnah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini menjadi satu pengajaran.

Dalam kes berkenaan individu itu mendakwa Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri menikmati santapan tengah hari di sebuah restoran tidak halal di Johor Bharu pada 9 Disember.

Sebelum itu baginda menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Pasir Pelangi.

Bercakap pada program Podcast Edisi Khas Buletin TV3 di Kuala Lumpur pada Isnin Fahmi memberitahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang menyiasat sejumlah kandungan di media sosial yang didapati berunsur menghina Yang di-Pertuan Agong.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata ia termasuk kes membabitkan seorang individu yang memfitnah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, yang sudah pun meminta maaf.

Menteri itu kata beliau ambil maklum individu itu secara khusus sudah memohon maaf.

“Saya harap ia menjadi pengajaran kepadanya untuk tidak menohmah serta memfitnah tanpa asas kerana Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri ialah dua institusi penting dalam negara.

“Jika pihak berkuasa ingin mengambil tindakan, saya serahkan kepada mereka tapi kita akan terus pantau. Jika ada aduan daripada orang ramai, MCMC akan bertindak,” katanya.

Pada masa sama, Fahmi sekali lagi mengingatkan pengguna media sosial supaya berhati-hati dalam memuat naik sebarang kandungan atau komen.

“Berpada-padalah, bersederhana dalam kita memberi komen kerana yang merisaukan jika komen ini melanggar undang-undang.

“Kita tidak mahu ada satu keadaan yang mana apa yang disampaikan itu tidak berasaskan fakta. Itu akan mendatangkan satu kemudaratan,” katanya.- 16/12/2024

Read more

khabar terbaru