Monday - 6, January 2025

Anwar umum bekas PM Thailand Thaksin Shinawatra dilantik penasihat peribadinya…

Share

Thaksin Shinawatra adalah satu nama yang tidak asing di Thailand.

Beliau merupakan Perdana Menteri Thailand ke-23 antara tahun 2001 hingga 2006.

Sebelum itu Thaksin dikenali sebagai ahli perniagan dan tokoh koprat yang berjaya di negara itu.

Sempena lawatan anaknya Paetongtarn Shinawatra yang kini Perdana Menteri Thailand salah satu khabar menarik ialah pengumuman perlantikan Thaksin sebagai penasihat peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mengetuai ASEAN sebagai pengerusi baharu tahun depan.

Anwar menjelaskan lantikan Thaksin adalah melalui instrumen tidak rasmi yang membolehkan Malaysia memanfaatkan pengalaman tokoh-tokoh dari negara-negara Asia Tenggara.

“Saya telah bersetuju untuk lantik Thaksin Shinawatra sebagai Penasihat Peribadi saya sebagai Pengerusi ASEAN bersama dengan satu pasukan daripada seluruh negara-negara ASEAN dalam satu bentuk himpunan tidak rasmi. Kita perlukan manfaat pengalaman daripada negarawan-negarawan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra sempena lawatan rasmi ke Malaysia pada Isnin.

Thaksin hidup dalam buangan selepas digulingkan dalam rampasan kuasa tentera.

Beliau kembali ke Thailand tahun lalu sebelum pilihan raya umum, di mana tentera dijangka tewas.

Sebaik kembali pada Ogos tahun lalu, bekas ahli perniagaan itu ditangkap dan dipenjara atas kesalahan salah guna kuasa.

Raja Thailand kemudian mengurangkan hukuman penjara lapan tahun ke atasnya kepada setahun dan beliau dibebaskan dengan parol pada Februari lalu.- 16/12/2024

Read more

khabar terbaru