TAHUKAH ANDA

PM akui situasi keselamatan siber semakin kompleks

Semakin maju negara dan semakin semuanya ‘online’ menyebabkan cabaran baru kepada keselamatan siber negara yang semakin kompleks.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata situasi tersebut mendorong kerajaan memperkenalkan peraturan baharu dan menggubal rang undang-undang (RUU) keselamatan siber bagi mengawal isu yang semakin mencabar.

Menurut Anwar, Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) menyokong usaha Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) untuk memperkukuh perlindungan terhadap Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII).

“Petang tadi, saya mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bilangan 2 Tahun 2024, di mana pembentangan menunjukkan cabaran keselamatan siber negara semakin mencabar dan kompleks,” jelas Perdana Menteri dalam hantaran Facebook.

Seiring persediaan untuk Kepengerusian ASEAN 2025, Malaysia akan menganjurkan Cyber Defense and Security Exhibition and Conference (CYDES) 2025 serta memperkenalkan Malaysia Cyber Security Strategy 2025-2030 yang baharu untuk memperkukuh strategi keselamatan siber negara.

Kerajaan juga bersetuju supaya NACSA menerajui penubuhan Pusat Kriptografi Negara di Universiti Putra Malaysia (UPM), dengan penglibatan pakar dari sektor akademik, industri, dan swasta.

Pusat ini akan memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam teknologi kriptografi.

Dalam usaha menangani jenayah siber di peringkat global, mesyuarat turut bersetuju agar Malaysia menyertai Budapest Convention dan United Nations Convention Against Cybercrime.

Perdana Menteri turut menyokong penggubalan RUU baharu jenayah siber bagi menggantikan Akta Jenayah Komputer 1997.

“Walaupun negara tidak ketandusan pakar, kesinambungan antara sektor akademik dan industri perlu diperkukuh bagi memelihara ekosistem keselamatan siber negara,” tambah beliau lagi.-18/12/2024

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button