FOKUS

Kemalangan ngeri 7 maut 33 cedera…PLUS tolong dengar keluhan ini

Mood bercuti hujung tahun ramai orang agak terjejas dengan tragedi kemalangan ngeri di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, berdekatan R&R Ayer Keroh, malam tadi yang akibatkan tujuh maut dan 33 cedera.

Apa lagi kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran membawa 27 penumpang, sebuah treler dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dipercayai berpunca dari tayar sebuah lori tercabut yang tertirap atas jalan di situ.

Ini bukanlah kemalangan pertama dan pastinya bukan terakhir yang curi perhatian ramai seperti ini.

Dari komentar mengenai kejadian itu antara tumpuan netizen marah pasal kurangnya lampu di sepanjang lebuhraya yang terpanjang di negara ini.

Ramai juga yang hentam PLUS kerana mendakwa kedekut nak pasang lampu jalan untuk terangi sebahagian besar lebuhraya itu bagi memudahkan pemandangan pemandu kenderaan.

Bagi mereka sekiranya ada lampu di lebuh raya sekurang kurangnya para pemandu nampak tayar berkenaan dan dapat cepat mengelak.

Siapa saja yang memandu waktu malam pasti dapat mengesahkan kesulitan itu.

Ini bukan soal kecil mengenangkan kemalangan demi kemalangan yang berlaku dari masa ke semasa di sepanjang lebuhraya itu khususnya pada waktu malam.

Entahlah…sekarang ini teknoloji lampu solar sudah canggih.

Kalau takut bil banyak pakai lampu jalan biasa…lampu solar kan ada.

Ini adalah antara komentar yang mahu PLUS pasang banyak lampu di lebuhraya :

Tak tau bila tayar nak tercabut..PLUS ni patut pasang lampu la..untung juta2 setahun..kurang2 kalau ada objek, kenderaan lain boleh jangka awal nak elak

PLUS kedekut… untung tiap tahun ratus juta… tapi lampu jalan tak nak buat…

Tolong la pasang lampu jalan sepanjang highway wahai kerajaan..kalau dalam keadaan terang setidak²nya boleh nampak dari jauh..mugkin boleh dielakkan..ini kau letak lampu kat bandar² je biar malam nampak cantik..

PLUS untung juta2 berpuluh tahun kutip tol.. lampu kat jalan pun takleh nak letak.. kalau takut sangat bil api banyak.. letak lampu solar sudah

Sepatutnya kalau dah nama highway, wajib ada lampu. Dah nama pun highway, kenderaan bukan bawa slow. Dalam keadaan gelap, potensi untuk kemalangan lagi tinggi. Dah la bayar tol, tak cukup dengan jem, jalan gelap pulak kebanyakan tempat. Apa benda la..

Lebuhraya PLUS gelap

Mohon lah pihak PLUS memasang lampu.. Tol bertahun2 kutip… Apalah salahnya pasang ler lampu jalan

Ada yang kata tayar tu dari siang dah ada.. kenapa PLUS x alihkan? Lampu jalan pun xde

Jalan tu gelap..apa PLUS miskin sangat ke tak boleh nak pasang lampu jalan.

  • 24/12/2014

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button