Kuala Lumpur akan menjadi medan yang menghimpunkan pengawal selia, pemimpin industri dan pakar dari seluruh dunia untuk membincangkan isu-isu kritikal dalam lanskap teknologi digital selama dua hari pada 7 dan 8 Januari ini.
Wadahnya ialah Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2025 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang akan berlangsung di Hotel Grand Hyatt.
Menurut kenyataan MCMC, persidangan itu yang bertujuan menggalakkan kerjasama dan inovasi dalam kalangan pihak berkepentingan adalah bertemakan Leaping Into The Quantum Frontier: Regulation And Innovation In The Tech Era.
IRC 2025 akan memberi tumpuan kepada perkembangan teknologi terkini dan kerangka peraturan yang diperlukan bagi menangani cabaran serta peluang dalam era moden.
Antara topik yang bakal dibincangkan termasuk inovasi dalam peraturan, kerjasama antarabangsa serta impak teknologi canggih terhadap pelbagai sektor.
Menurut kenyataan itu IRC 2025 akan menjadi peluang luar biasa untuk memacu dialog global mengenai transformasi teknologi dan peranannya dalam sektor utama.
Antara topik yang bakal dibincangkan termasuk inovasi dalam peraturan, kerjasama antarabangsa serta impak teknologi canggih terhadap pelbagai sektor.
Barisan ahli panel yang akan terlibat dalam persidangan ini untuk berkongsi input kepada peserta berdasarkan kepakaran masing-masing.
Kehadiran penceramah terkemuka, termasuk pembuat dasar dan pakar global dijangka memberikan wawasan berharga kepada peserta.
Persidangan itu tidak hanya berfungsi sebagai platform ilmu, tetapi juga sebagai medan rangkaian hubungan yang membolehkan peserta menjalin kerjasama strategik.
MCMC berharap agar IRC 2025 menjadi pencetus kepada pembentukan dasar dan inovasi teknologi yang progresif.
Dengan fokus pada masa depan yang lestari, IRC 2025 dijangka menjadi acara penting dalam kalendar industri teknologi global, memberikan impak besar kepada perkembangan teknologi dan peraturan di peringkat antarabangsa.
Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran dan jadual program, sila layari laman web rasmi mcmc.gov.my/irc2025/
-2/1/2025