Sunday - 5, January 2025

Mati selepas tonton konsert tahun baru… polis masih tunggu ujian toksikologi

Share

Kisah malang empat warga tempatan, dua lelaki dan dua perempuan dalam lingkungan usia 20 hingga 40 tahun maut selepas menghadiri satu konsert tahun baharu yang diadakan di Bandar Sunway akan selepas ujian toksikologi diperolehi tidak lama lagi.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mereka masih menunggu laporan analisis toksikologi berkaitan kes kematian empat individu tersebut.

Bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan kematian kesemua mangsa dipercayai mempunyai kaitan dengan pengambilan dadah.

Hussein Omar berkata ini berikutan tujuh mangsa termasuk empat yang meninggal dunia itu menunjukkan simptom yang sama.

“Sehingga kini terdapat enam laporan polis daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Kuala Lumpur yang memaklumkan kedua-dua hospital itu menerima tujuh pesakit yang menunjukkan simptom sama.

“Seperti dilaporkan sebelum ini empat daripada mereka meninggal dunia, dua mangsa masih menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) manakala seorang lagi dibenarkan keluar hospital,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Siasatan awal mendapati ketujuh-tujuh mangsa hadir secara berasingan dengan rakan dan ahli keluarga masing-masing.

Polis telah membuka empat kertas siasatan mati mengejut (SDR) untuk mengenal pasti sebarang unsur jenayah atau keracunan.

Seramai enam saksi telah dirakam percakapan dan beberapa pihak lagi akan dipanggil untuk membantu siasatan termasuk pihak penganjur konsert serta rakan-rakan mangsa.

Pada masa sama, beliau memohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-78627222 atau balai polis berhampiran.

Semalam, media melaporkan empat individu iaitu masing-masing dua lelaki dan dua wanita warga tempatan lingkungan usia 20 hingga 40 tahun maut selepas menghadiri satu konsert tahun baharu yang diadakan di Bandar Sunway.

Hussein dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati tiada sebarang kecederaan luaran.-3/1/2025

Read more

khabar terbaru