Tahukah anda… pada tahun 2023, data Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman memaklumkan rakyat Malaysia kehilangan RM432 juta akibat penipuan dalam Facebook sahaja.
Tapi apa tindakan facebook selaku penyelia platform? tak ada dan kalau ada pun sangat lemah dan lembab dalam mengambil apa-apa tindakan untuk menghalang, dan mereka seolah-olah menunggu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) atau aduan orang awam, sedangkan mereka ada kewajipan berjaga-jaga untuk menjamin platform mereka itu selamat digunakan, bebas angkara jenayah terutama penipuan.
Itu jenayah penipuan atau scam, belum lagi kisah jual beli dadah online, jenayah seksual seperti jual beli video dan gambar lucah, yang dipromoasikan menggunakan media social dan sangat mudah diekses termasuk pelajar sekolah.
Kerana itu ramai yang sokong langkah kerajaan Madani mewajibkan penyedia platform yang mempunyai lebih 8 juta pengikut untuk berdaftar dan mempunyai lesen bagi mengekang aktiviti jenayah di media sosial dan bukannya menyekat kebebasan bersuara.
Dengan dasar yang jelas oleh kerajaan Madani, pengendali platform media sosial perlu lebih proaktif mengekang aktiviti jenayah di platform masing-masing bagi mengelak dikenakan tindakan.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil sebelum ini menegaskan kerajaan Madani mempertahankan hak rakyat untuk bersuara, pihaknya pada masa sama tidak boleh membiarkan penjenayah mengambil kesempatan memporak-perandakan negara dan terus melakukan aktiviti jenayah di platform media sosial secara berleluasa.
Fahmi berkata kerajaan memandang serius empat aktiviti jenayah seperti scam atau penipuan, judi dalam talian, buli siber dan bahan-bahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang kini rancak berpindah ke laman media sosial sebagai platform menjalankan aktiviti terlarang itu.
Apa yang penting sekarang ini adalah tanggungjawab kerajaan dan penyelia media sosial untuk menyediakan ekosistem digital yang selamat dengan memperkenalkan lesen media sosial.
Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung berkata walaupun tidak semua pihak telah menyertai, namun kemajuan yang dicapai setakat ini adalah memberangsangkan, dengan penyertaan empat platform media sosial dan pesanan, iaitu WeChat, Telegram, TikTok dan Meta dalam pelaksanaan kerangka tersebut yang berkuat kuasa mulai 1 Jan.
Lee juga menggesa Google untuk berhubung dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) supaya mereka juga dapat menyertai proses ini.
“Saya juga menghargai usaha Kementerian Komunikasi dan MCMC dalam memelihara kebebasan bersuara sambil melaksanakan peraturan dan akauntabiliti,” katanya dalam satu kenyataan media.
Manakala bagi Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong pula langkah memperkenalkan lesen media sosial itu penting bagi keselamatan dalam talian.
“Kita harap dengan adanya lesen maka kita (kerajaan) boleh kawal. Contohnya, seperti apa yang berlaku kepada Linda Tan, 60, yang terpedaya dengan sindiket di Facebook. MCMC boleh mengarahkan platform itu untuk menurunkan page yang dimiliki sindiket,” katanya dalam rakaman video.
Linda Tan berkata menjadi mangsa penipuan sindiket yang menjual kuih nyonya di Facebook selepas menekan pautan aplikasi WhatsApp dan di arah memuat naik aplikasi lain bagi melihat harga dan pakej kuih berkenaan.
“Selepas itu, skrin telefon saya menjadi hitam dan dimaklumkan rakan bahawa telefon saya telah di hack kerana mereka menerima pesanan daripada saya (kononnya) mahu meminjam wang,” katanya.
Pada Rabu, Tencent (WeChat) telah diberikan ASP (C), menjadikannya penyedia perkhidmatan pertama dilesenkan di bawah keperluan pelesenan bagi penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial.
Selain WeChat, ByteDance (TikTok) juga berjaya memperoleh lesen mereka manakala Telegram di peringkat akhir proses pelesenan dan dijangka menerimanya dalam masa terdekat.-6/1/2025 OLEH HELME HANAFI