Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Lepas We Chat dan Tik Tok… Telegram pulak dapat Lesen Media Sosial - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / Lepas We Chat dan Tik Tok… Telegram pulak dapat Lesen Media Sosial

Lepas We Chat dan Tik Tok… Telegram pulak dapat Lesen Media Sosial

Selepas We Chat dan Tik Tok…. Telegram adalah penyelia media sosial ketiga diberikan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Penyedia (ASP (C)) untuk beroperasi di Malaysia, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata Telegram berjaya memperoleh lesen daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 2 Jan, menjadikannya penyedia perkhidmatan ketiga dilesenkan di bawah keperluan pelesenan bagi penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial.

“Meta yang merupakan pengendali Facebook, Instagram, dan WhatsApp ketika ini masih dalam proses penghantaran melibatkan beberapa dokumen, sebelum mendapatkan lesen.

“Tapi kita jangkakan proses itu dalam masa terdekat akan selesai,” katanya pada Isnin.

Tencent (WeChat) menjadi penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial pertama menerima ASP (C) dan diikuti ByteDance (TikTok).

Fahmi berkata untuk pelesenan Google pula, beliau telah meminta MCMC meneruskan libat urus serta memaklumkan bahawa tindakan tetap diteruskan sekiranya terdapat perkara yang melanggar undang-undang komunikasi.

“Contohnya seperti video scam dan deepfake atau pun judi dalam talian yang dimainkan dalam YouTube, tindakan boleh diambil terhadap ketidakpatuhan dan pelanggaran undang-undang dalam negara kita.

“Undang-undang masih berkuat kuasa dan cuma kita sedang meneruskan perbincangan kerana Youtube, mereka ada pandangan yang mereka ini bukan media sosial, tapi kalau kita lihat ‘YouTube Shorts’, elemen-elemen dalam ‘YouTube Shorts’ itu mirip TikTok dan inilah antara perkara-perkara yang sedang bincang dan ia akan mengambil sedikit masa,” katanya.

Bagi platform X, (sebelum ini Twitter), beliau berkata MCMC masih menguruskan perkara itu dan memerlukan sedikit masa, berikutan sebelum ini platform berkenaan memaklumkan jumlah penggunanya di negara ini tidak mencapai nilai ambang lapan juta pengguna.-7/1/2025

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *