Tak tahulah samaada Datuk Lokman Nor Adam cakap atas kapisiti jawatan rasmi beliau sebagai Pangarah Komunikasi UMNO atau tidak.
Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO secara terbuka beri jawapan menerusi laman Youtube https://www.youtube.com/watch?v=yUvqHjlRWGI kepada soalan paling besar yang berlegar seluruh negara sekarang.
Ini selepas Istana Pahang sahkan secara rasmi wujudnya adendum tahanan rumah Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri itu menang rayuan untuk semakan kehakiman di Mahkamah Rayuan pada 6 Januari.
Soalan yang gegar gempita satu negara itu tentulah siapa yang selama ini ‘sorok’ titah adendum itu?
Itu soalan yang sangat lojik kerana sudah jelas terbukti adendum yang dititahkan oleh bekas Yang Dipertuan Agong ke 16 Sultan Abdullah pada 29 Januari 2024 itu benar benar wujud.
Di mana adendum itu ‘lesap’ selama hampir setahun lamanya?
Apakah istilah ‘sorok’ sesuai digunakan dalam isu ini.
Selepas dengar cerita ini …ada juga yang berpendapat dalam isu ini lebih sesuai guna istilah ‘sangkut’
Apa yang menarik ialah Lokman nampak selamba sahaja ‘buka cerita’ mengenai apa jadi pada adendum itu selama ini.
Malah dari jalan cerita Lokman nampak seolah kalangan pimpinan UMNO sudah tahu tentang wujudnya adendum itu sejak dari awal lagi.
“Kita tahu pada 29 (Januari 2024)…kita dah tahu dah titah tu ada….(kemudian) pada 30 (Januari) semua ahli Majlis Tertinggi UMNO sudah tahu…
“Esoknya (30 Januari) Datuk Zahid panggil semua pimpinan UMNO (pelbagai peringkat dari seluruh negara) …semua dah dimaklumkan.
Tetapi menurut beliau Peguam Negara lama kata titah tambahan itu tidak sah sebab dibuat di luar lembaga pengampunan.
Peguam Negara waktu itu yang dimaksudkan ialah Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.Beliau kini adalah Hakim Mahkamah Persekutuan.
“Maka tak timbul titah (adendum) ini disembunyikan…”,kata Lokman.
“Kalau titah ini disembunyikan macam mana Datuk Zahid boleh beritahu satu Malaysia titah ini sudah keluar… tapi tidak sah,”ujarnya.
Lokman beritahu lepas itu UMNO ambil keputusan untuk kemuka warkah rayuan supaya (Yang Dipertuan Agong ke 17 Sultan Ibrahim) pertimbangan untuk pengampunan kedua.
“Mula mula Tuanku kata OK…kita akan lantik lembaga pengampunan yang baru.
Namun baginda nak selesaikan dulu urusan rasmi titah diraja di sidang Parlimen waktu itu.
Sidang parlimen berkenaan adalah yang pertama sejak baginda jadi Agong.
Ikut cakap Lokman sepatutnya lepas itu akan ada lembaga pengampunan timbang permohonan kedua pengampunan Najib
“Cuma (waktu itu) Najib nak surat (titah adendum) Sultan Abdullah digunapakai…dengan harapan kalau dapat pengampunan duduk rumah…lepas itu dengan Agong ke 17 dia boleh mohon pengampunan penuh.
“Ketika itu saya (pun) nampak rasional itu,”katanya.
Bagaimanapun menurut Lokman keadaan sekarang agak berkecamuk dan tidak kondusif.
Beliau berpendapat adalah lebih baik akur titah Agong ke 17 buat permohonan pengampunan baru…kerana hari ini baginda yang berkuasa.
Istana Negara dalam satu kenyataan pada 3 Januari berkata sesiapa yang ingin mendapatkan pengampunan bagi banduan mesti mengemukakan permohonan kepada Lembaga Pengampunan.
Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara telah mengeluarkan kenyataan bahawa Najib mesti memfailkan permohonan baru kepada Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Kata Lokman ,”kalau raja dah titah kemukakan permohonan baru..kalau sayalah… saya arah Shafee (Peguam Najib Tan Sri Shafee Abdullah) stop ..kemuka permohonan baru…kenapa nak kejar (dapat) duduk di rumah…pengampunan penuh hilang.”
Ditanya oleh salah seorang pendengar Youtube berkenaan mengapa selepas keluar titah adendum Sultan Abdullah… pihak istana tak keluar sebarang kenyataan rasmi maklumkannya kerana sebab ia benda penting.
Lokman menjelaskan ini kerana Peguam Negara waktu itu tafsir titah adendum itu tidak sah.
“Kalau benda itu tak sah…perlukah kerajaan keluar kenyatan rasmi…itulah punca dia.” katanya.
Lokman kata Agong selaku ketua negara kena dengar pandangan penasihat undang undang negara yakni Peguam Negara.
“Peguam Negara putuskan (kerana ia) dibuat luar lembaga tak sah…itu yang Agong diam.
“Sama juga PM…dia kena dengar nasihat Peguam Negara…tak sah…(jadi) dia maklum kat kabinet (hal itu)…”,katanya.
Dari penjelasan Lokman ini nampak gaya dakwaan adendum itu kena ‘sorok’ tidak timbul.
Ia boleh kata ‘sangkut’ tersimpan di pejabat Peguam Negara.
Ini kerana Peguam Negara waktu itu buat tafsiran ia tidak sah kerana diputuskan di luar Lembaga Pengampunan.
Malah ikut ceritanya surat titah adendum bekas Agong ke 16 memang ditujukan kepada Peguam Negara.
Oleh kerana anggap tidak sah maka Peguam Negara berkenaan tidak panjangkan adendum itu kepada pihak pihak lain.
Macam istilah yang selalu digunakan …NFA yakni No Further Action.
Sebab itu seperti penjelasan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution pihak KDN dan Jabatan Penjara sendiri tidak menerima adendum berkenaan.
Sementara itu usaha para wartawan untuk dapatkan komen pasal isu adendum dari Peguam Negara sekarang , Datuk Mohd Dusuki Mokhtar dan bekas Peguam Negara Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh gagal.
Ketika ditemui pada Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2025 yang disempurnakan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat di Putrajaya Rabu, Mohd Dasuki enggan mengulas.
“Saya tidak mahu komen,” katanya ringkas.
Manakala Ahmad Terrirudin pula hanya kata “No, no, no…”.- OLEH HIEKAL ROSLI
8/1/2025