Menteri Komunikasi yang juga jurucakap kerajaan berkata beliau sendiri tidak menerima sebarang maklumat mengenai dokumen titah tambahan (adendum) mengenai tahanan rumah Datuk Seri Najib Tun Razak.
Serentak itu beliau menafikan dakwaan pihak pembangkang yang menuduh kerajaan menyembunyikan titah tambahan Yang Dipertuan Agong ke 16.
“Sejujurnya tidak disorok… saya sendiri sebagai Menteri Komunikasi tidak ada menerima, melihat, ataupun dimaklumkan tentang dokumen tersebut dan saya percaya perkara ini (berlaku begitu) sebab ia melibatkan lembaga pengampunan,”katanya pada sidang media mingguan di Putrajaya, Rabu.
“Kerajaan juga mengambil maklum bahawa Mahkamah Rayuan telah memutuskan supaya kes ini dikembalikan semula ke mahkamah tinggi.
“Maka kita perlu mengambil pandangan dan nasihat tentang beberapa perkara yang tidak akan memprejudiskan perjalanan kes tersebut,” katanya.-8/1/2025