Friday - 10, January 2025

Cadangan dedah minit mesyuarat Lembaga Pengampunan pasal Najib…ini jawapan menteri

Share

Seperti diduga ia tidak akan berlaku.

Ini kerana minit sesuatu mesyuarat itu mengandongi secara terperinci apa yang berlaku dan dibincangkan semasa ia berlangsung.

Inikan pula mesyuarat Lembaga Pengampunan melibatkan Yang Dipertuan Agong ke 16 dan seorang bekas Perdana Menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa pada Khamis beritahu wartawan kerajaan tidak akan mendedahkan kepada umum butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang membincangkan pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dr Zaliha Mustafa adalah salah seorang daripada ahli dalam Lembaga Pengampunan berkenaan.

Ditemui wartawan selepas satu majlis di Putrajaya beliau berkata minit mesyuarat Lembaga Pengampunan adalah sulit.

“Jadi kita tak boleh buat perkara itu (minit mesyuarat) open lah ya. Itu hanya hak Lembaga Pengampunan,” katanya.

Beliau diminta ulas cadangan Pengerusi Biro Antarabangsa PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin agar kerajaan mendedahkan butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan kepada umum, bagi menghentikan spekulasi berhubung dokumen tambahan yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Shamsul Iskandar juga ialah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.- 9/1/2025

Read more

khabar terbaru