FOKUS

Anak Menteri dah sah kahwin di negara jiran…cinta terhalang

Kes seorang anak Menteri yang jadi viral baru baru ini kerana dilaporkan mengugut seorang wanita yang memintanya bertanggungjawab atas kandungannya sebenarnya sudah berkahwin di negara jiran September lalu.

Siasatan polis dapati mereka mereka ini bercinta dan ingin berkahwin namun ada halangan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain beritahu Selasa sijil nikah mereka adalah sah.

Bercakap kepada media selepas Majlis Apresiasi Ketua Polis Negara Bersama Pegawai Polis yang Bersifat Mulia dan Budiman, Pulapol, di Kuala Lumpur beliau menjelaskan pasangan itu sebenarnya menyorok perkahwinan yang berlaku pada September tahun lalu dan rakannya sendiri tidak mengetahuinya.

“Apabila jadi isu macam ini, kawan-kawan mereka pun tidak tahu…jadi mereka tidak mahu memperbesarkan kerana takut keluarga terasa hati.

Katanya kertas siasatan juga sudah dilengkapkan dan dihantar ke Timbalan Pendakwaraya (TPR) di Pulau Pinang di man masih menunggu arahan selanjutnya.

Media sebelum ini melaporkan polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes ugutan jenayah yang dikaitkan dengan anak seorang menteri Kabinet seperti tular di media sosial.

Siasatan kes itu sudah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada 6 Januari lalu, untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Ekoran isu berkenaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilapor berkata, anaknya tidak mengatasi undang-undang dan sekiranya ada laporan terhadapnya, dan polis bertanggungjawab untuk melakukan siasatan dengan telus dan seadilnya.- 14/1/2025

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button