Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Kestabilan politik penting untuk tarik minat pelabur – Anwar - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / Kestabilan politik penting untuk tarik minat pelabur – Anwar

Kestabilan politik penting untuk tarik minat pelabur – Anwar

Malaysia antara lokasi penting yang perlu berada dalam radar para pelabur dunia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang sedang dalam lawatan kerja di London, United Kingdom (UK) berkata, ia kerana kestabilan politik dan kesiapsiagaan Malaysia untuk menyahut perubahan teknologi dunia.

“Sewaktu berucap pada pelancaran produk oleh YTL Group UK, saya maklumkan hadirin bahawa kestabilan politik dan kesiapsiagaan untuk menyahut perubahan teknologi dunia ketika ini adalah penting untuk menarik minat dan tumpuan para pelabur.

“Malaysia antara lokasi penting yang perlu berada dalam radar para pelabur dunia mengambil kira dua faktor tersebut selain polisi kerajaan yang kritikal terhadap soal tenaga, kecerdasan buatan dan industri semikonduktor,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia memerlukan sokongan para pelabur tempatan dan luar negara untuk refleksi transisi kemajuan ekonomi dan kejayaan.

Menurut beliau, ia perlu disokong dengan faktor kestabilan dan keharmonian benua ASEAN yang dahagakan sinergi pelaburan serta perdagangan baharu.

Anwar memulakan lawatan kerja di London, UK semalam dengan mesyuarat dua hala bersama rakan sejawat, Keir Starmer.

Perdana Menteri dijemput ke London bagi memperkukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.-16/1/2025

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *