Ahli Parlimen PKR Kawasan Pasir Gudang Johor Hassan Karim kekal dengan stailnya memberi komen sesuatu isu ikut pendiriannya.
Pada Ahad beliau mempersoalkan kemungkinan dua jawatan tertinggi dalam parti itu yang tidak dipertandingkan dalam pemilihan PKR, Mei depan.
Baginya ini tidak wajar.
Ini kerana Hassan menyifatkan PKR sebagai sebuah parti demokratik
Menurutnya menentukan dua jawatan tertinggi iaitu Presiden dan Timbalan Presiden PKR dicabar atau ditandingi mesti berlaku secara semula jadi yang ditentukan ahli parti.
Bagi Hassan tidak perlu Setiausaha Politik Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin menzahirkan penyataan bahawa dua jawatan tersebut tidak dicabar.
Lebih menimbulkan persoalan, kata beliau, apabila jawatan Timbalan Presiden yang ketika ini disandang Datuk Seri Rafizi Ramli juga dicadangkan tidak dipertandingkan.
Menurut Hassan, PKR mempunyai ramai pemimpin kanan yang layak mencabar jawatan nombor dua itu.
“Mengapa perlu dihalang? Biarkan seribu kuntum bunga berkembang di halaman PKR.
“Jangan disekat pertandingan jawatan nombor dua. Kalau nak lawan presiden pun OK, silakan,” katanya.- 2/2/2025