Wednesday - 5, February 2025

Pinda Akta 588 perkukuh usaha bendung jenayah siber

Share

Jenayah dalam talian dan penipuan boleh dibendung melalui penguatkuasaan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 (Akta 588), kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, pindaan ini bakal memperkenalkan beberapa kuasa dan peruntukan baharu bagi mengekang aktiviti jenayah siber yang semakin berleluasa.

Fahmi berkata, pihaknya akan bekerja lebih pantas dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menangani isu itu.

“Tuanku (Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim) juga bertitah untuk rakyat sentiasa berhati-hati mengenai jenayah penipuan yang berleluasa,” katanya selepas Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, hari ini.

RUU itu diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara masing-masing pada 9 Disember dan 16 Disember tahun lalu.-3/2/2025

Read more

khabar terbaru