Tuesday - 8, April 2025

Anwar sahkan kadar elektrik naik Julai ini…nafi naik 14 peratus

Share

Tarif asas elektirk di Semenanjung akan meningkat Julai ini dan kadarnya akan ditetapkan selepas semakan semula nanti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengesahkan demikian menafikan dakwaan yang berlegar di media sosial ketika ini bahawa kenaikan itu adalah 14 peratus.

Beliau menjelaskan keaikan itu perlu dilakukan kerana kenaikan kadar tarif elektrik perlu berlaku berpandukan kapasiti dan harga pada tempoh tertentu.

“Mengenai isu Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT), kadar pemindahan elektrik bukan 14 peratus. Tidak!

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di Kuala Lumpur Isnin.

Katanya “seperti yang anda tahu, kajian semula setiap enam bulan adalah berdasarkan harga semasa. Justeru, saya tidak fikir ia akan menjadi sesuatu yang terlalu membebankan atau merugikan masyarakat.

“Kita bersedia untuk mendengar (pandangan pelbagai pihak mengenai cadangan kenaikan tarif elektrik).

“Namun, sudah pasti ia bukan seperti yang dikatakan. Ini sebabnya saya baru sahaja semak dengan Zafrul (Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) sekiranya saya tersilap fakta,” katanya.

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menerusi makluman kepada Bursa Malaysia pada Disember lalu, dilaporkan berkata sebarang perbezaan dari Januari hingga Jun 2025 akan dibiayai melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).

Jadual tarif elektrik semasa yang dilaksanakan sejak 2014 akan terus berkuat kuasa tanpa perubahan dalam kadar tarif dan struktur tarif elektrik sehingga 30 Jun, 2025,” katanya.- 3/2/2025

Read more

khabar terbaru