Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Integrasi 5G transformasi digital sektor tenaga - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / Integrasi 5G transformasi digital sektor tenaga

Integrasi 5G transformasi digital sektor tenaga

Integrasi 5G di Terminal Pengegasan Semula Sungai Udang (RGTSU), Melaka yang dikendalikan Petronas memanfaatkan Internet benda (IoT), kecerdasan buatan (AI) dan automasi yang membolehkan operasi menjadi lebih cekap, produktif dan selamat.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ketika meninjau projek berkenaan berkata Petronas telah melancarkan empat rangkaian 5G persendirian termasuk yang pertama di RGTSU itu.

“Sambungan pantas serta kependaman rendah menyokong pemantauan masa nyata dan pengurusan risiko yang lebih baik,”ujarnya.

Fahmi berkata Petronas telah melancarkan empat rangkaian 5G persendirian termasuk yang pertama di RGTSU itu.

Beliau berkata inisiatif itu disokong Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk memperkukuh transformasi digital sektor tenaga.

Fahmi berkata sambungan pantas 5G, kependaman yang rendah dan keupayaan untuk mengendalikan aliran data yang besar akan memperkasakan ekonomi negara untuk kekal berinovasi, bersaing serta mencapai kecemerlangan di peringkat global.

“Sedang kita memulakan perjalanan transformasi ini, penting untuk akui peranan yang dimainkan oleh teknologi terkini,” katanya.-11/2/2025

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *