Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Sarawak bekal elektrik ke Filipina bermula tahun depan - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / Sarawak bekal elektrik ke Filipina bermula tahun depan

Sarawak bekal elektrik ke Filipina bermula tahun depan

Kerajaan Sarawak akan membekalkan lebihan tenaga elektriknya ke selatan Filipina melalui Sabah bermula tahun depan.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata tenaga elektrik itu akan dihasilkan dari loji Janakuasa Kitaran Gabungan Turbin Gas berkapasiti 500 Megawatt (MW) di Miri, serta tiga loji lain dengan kapasiti gabungan 1,500 MW di Bintulu.

“Lebihan bekalan (elektrik) kita hantar ke Sabah, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kita hantar dari Sabah ke bahagian selatan Filipina, maknanya, kita membekalkan tenaga untuk ASEAN. Inilah kekuatan kita,” kata beliau.

Bercakap pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Affin Bank di Kuching malam Isnin, beliau berkata Sarawak juga sedang dalam proses menghasilkan lebih banyak gas sintetik sebagai sumber penjanaan tenaga yang akan meletakkan negeri itu sebagai pengeluar tenaga utama ASEAN.

“Maknanya, ia mampan. Jika ini kekuatan kita, maka ia akan menyumbang kepada grid tenaga ASEAN,” katanya.

Sementara itu, dalam majlis yang sama, Abang Johari meminta Affin Bank untuk mempercepatkan penubuhan pejabat serantaunya di Sarawak supaya lebih banyak pemain industri, serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dapat memanfaatkan kemudahan kewangan mereka.-18/2/2025

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *