Ada ada saja…memang patut sekali aksi tetamu lelaki yang berpakaian wanita dalam Anugerah Juara Lagu ke-39 di Axiata Arena Kuala Lumpur, Ahad malam dikecam agar tidak berulang.
Siapa yang terkejut melihat penampilan mereka melentok dengan gaya masing masing pada karpet merah acara berprestij itu.
Selain heboh di media sosial bekas Mufti Wilayah, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tegas berkata tindakan itu adalah jelas songsang dan menyimpang dari fitrah manusia.
Menurutnya ini kerana, perbuatan menyerupai suatu golongan adalah dilarang dan diharamkan
Pendakwah bebas, PU Syed memberikan teguran secara terbuka terhadap pempengaruh media sosial yang berpakaian menyerupai wanita ketika menghadiri acara karpet merah AJL39.
Menerusi hantaran di Instagram beliau meluahkan rasa berang terhadap tindakan tanduk mereka.
Malah, pendakwah bebas ini dengan tegas meminta pihak penganjur untuk memberikan penjelasan sebab membiarkan perbuatan durjana sebegitu berlaku.
Exco kerajaan negeri Selangor daripada PKR Najwan Halimi menempelak insiden itu sebagai “biadab dan memualkan”.
Beliau mempersoal sama ada TV3 cuba untuk menormalisasikan budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Sementara itu TV3 menerusi satu kenyatana pada Selasa menyuarakan kesal atas kejadian berkenaan.
“Kami mengambil maklum bahawa insiden ini telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat, dan memohon maaf atas kejadian tersebut,” katanya.
TV3 berkata, sebagai saluran penyiaran yang bertanggungjawab ia sentiasa komited untuk mematuhi undang-undang dan garis panduan yang ditetapkan.
“TV3 ingin menegaskan bahawa pakaian menyerupai wanita oleh tetamu tersebut tidak pernah dibenarkan dan tidak selari dengan norma dan nilai-nilai yang dijunjung oleh masyarakat Malaysia serta peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan,” kata TV3.
TV itu juga berjanji akan mengambil langkah proaktif untuk memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.- 18/2/2025