Monday - 21, April 2025

Kehadiran Haji Hadi dalam sidang Dewan Rakyat sangat rendah…

Share

Tahukah anda…bahawa kehadiran Ahli Parlimen kawasan Marang,Terengganu Datuk Seri Haji Hadi Awang dalam sidang Dewan Rakyat sangat rendah.

Mengikut data yang disiarkan oleh pemantau bebas di lamannya https://mymp.org.my Presiden PAS itu hanya menghadiri 54 daripada 162 persidangan parlimen sejak 26 Julai 2021.

Laman itu turut menyenaraikan Hadi sebagai salah seorang ahli parlimen dengan kehadiran paling rendah di Dewan Rakyat pada 2023.

Sidang Dewan Rakyat pada Khamis antara lain dipanaskan dengan isu kehadiran Ahli Parlimen.

Ini timbul bilamana Takiyuddin Hassan (PN – Kota Bharu) menegaskan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak hadir baru baru ini semasa pengundian tempoh penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Maka Saifuddin pun libas balik.

“Soal sindir saya datang tak datang, saya nak jamin satu perkara, kedatangan saya dalam dewan jauh lebih baik dari rekod Marang (Hadi) hadir dalam dewan. Itu fakta. Kalau setakat satu dua undi saya tak hadir apa sangat nak jadikan isu.

“Rekod saya lebih baik dari rekod Marang hadir dalam dewan. Itu fakta, toksah dok bahas,” katanya.

Laman web https://mymp.org.my bagaimanapun tidak mempunyai data mengenai Saifuddin kerana beliau kini seorang senator.

Beliau kini memegang jawatan Menteri Dalam Negeri atas kapisiti sebagai seorang Senator.

Sebelum ini Saifuddin merupakan ahli parlimen kawasan Kulim – Bandar Baru di Kedah dari 2013 hingga 2022.

Beliau tewas di kerusi berkenaan semasa pilihanraya umum ke 15 pada November 2022.

Data dalam laman itu antara lain catat Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman antara yang mempunyai rekod kehadiran yang cemerlang.

Beliau hadir 161 dari 162 sidang Dewan Rakyat.- 20/2/2025

Read more

khabar terbaru