Monday - 21, April 2025

Al-Fatihah…ADUN Perak meninggal dunia rebah masa main bolasepak…

Share

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Ayer Kuning,Perak Ishsam Shahruddin meninggal dunia selepas rebah di Stadium Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang pada petang Sabtu.

Allahyarham yang berusia 59 tahun bermain bersama beberapa orang bekas pemain kebangsaan lain dari Perlis, Pulau Pinang, Kedah dan Perak dalam Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru.

Beliau adalah bekas pemain pemain bola sepak kebangsaan dan Perak pada tahun 80-an dan 90-an.

Selepas rebah beliau sempat diberikan rawatan awal di lokasi kejadian namun menghembus nafas akhir ketika dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang yang terletak tidak jauh bagi mendapatkan rawatan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang Abdul Rozak Muhammad pada satu kenyataan memaklumkan allahyarham telah pengsan dan tidak sedarkan diri pada lebih kurang 5.20 petang.

“(Ini) semasa bersalaman dengan pemain lain di tepi padang sempena Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Piala Ketua Menteri Pulau Pinang di Stadium Bandar Raya, George Town, Pulau Pinang.

“Beliau telah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang pada jam lebih kurang 5.40 petang setelah bantuan kecemasan diberikan di tepi padang.

“YB telah disahkan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan, Hospital Pulau Pinang pada jam 6.28 petang,” katanya.

Dilahirkan pada 31 Ogos 1966, Ishsam merupakan bekas pemain bola sepak dan telah menghabiskan sebahagian besar kerjayanya bermain untuk Perak FA.

Allahyarham dari parti UMNO ialah Pengerusi Barisan Nasional (BN) bahagian Tapah dan menang jadi ADUN Ayer Kuning semasa pilihanraya Novemer 2022.

Beliau mendapat 9,088 undi yakni menang dengan majoriti 2,213 menewaskan empat calon lain.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rozlita Abdullah dan empat orang anak.- 22/2/2025

Read more

khabar terbaru