Siapa lagi PM kesebelas jika bukan Anwar? Itu kata Datuk Seri Nazri Aziz bekas menteri dan terbaru bekas Duta Malaysia ke Amerika.
Apa yang pasti bekas Ahli Parlimen kawasan Padang Rengas,Perak selama enam penggal ini bukan ‘main tembak’ cakap begitu.
Pada temu bual bersama Malaysiakini baru baru ini, Nazri berkata sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim antaranya berpunca daripada kebimbangan kerana tiada calon lain yang berpotensi memegang jawatan Perdana Menteri, termasuk dalam partinya sendiri, UMNO.
“Saya sangat bimbang untuk negara ini kerana tanpa PMX, siapa yang akan menjadi Perdana Menteri?
Pada Rabu…dalam sidang akhbar selepas satu majlis di Rompin,Pahang Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi berdepan dengan soalan mengenai hal itu.
Jawapan Timbalan Perdana Menteri itu ringkas sahaja.
Namun ia selari dengan pendirian Nazri.
“Itu adalah harapan beliau (Nazri) dan kita dalam kerajaan Madani,” kata Zahid.
Dalam politik ada kalanya komentar yang ringkas sahaja sudah cukup untuk menjawab satu persoalan besar.- 26/2/2025