Sunday - 20, April 2025

Bella kena ada sebelah…kata PM pada Syed Saddiq

Share

Aksi Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sampaikan baju Melayu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencuri perhatian di lobi bangunan Parlimen pada Selasa.

Detik seketika masa beliau serahkan dua pasang baju Melayu berwarna biru dan merah jambu diselubungi usik mengusik dan gelak ketawa antara mereka berdua.

Syed Saddiq dan Bella Astillah ialah model pakaian tradisional Melayu untuk musim Hari Raya ini bagi sebuah jenama tempatan yang popular.

Ketika Ahli Parlimen Muar itu menyatakan hasrat untuk sampaikan baju Melayu kepadanya Perdana Menteri spontan dengan nada mengusik berkata Bella kena ada sebelah.

Syed Saddiq lantas secara jenaka menjawab “jangan kacau, itu (Bella) saya punya, kasi chance la Datuk Seri,” katanya.- 4/3/2025

Read more

khabar terbaru