Sehari selepas UMNO Malaysia keluar kenyataan isytihar ia tiada sebarang kaitan dengan kes bekas Perdana Menteri ke 9 ,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob….Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi telah beri komen yang selari dengan kenyataan parti itu.
Timbalan Perdana Menteri mengulas ringkas hal itu selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Ar-Rahman, Kg. Rantau Panjang, Masjid Tanah Jumaat.
Beliau menegaskan UMNO tidak terlibat dalam siasatan kes Ismail Sabri dan serah sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang campur tangan politik.
“Kita menghormati SPRM dan kita harap SPRM berlaku adil dan tentunya profesional di dalam melakukan penyiasatan,”katanya.
Zahid kata beliau secara peribadi pernah mengalami keadaan itu.
Beliau dipecayai merujuk kepada kes 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi dimana mahkamah melepas tanpa membebaskanya (DNAA) pada 4 September 2023.
Ismail Sabri kini sedang disiasat SPRM sebagai suspek ekoran penemuan di ‘safe house’ wang tunai RM170 juta dan jongkong emas RM7 juta.
Semalam Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah mengeluarkan kenyataan rasmi menegaskan UMNO tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kes itu.- 7/3/2025