Wednesday - 12, March 2025

Jom berbuka puasa bersama PM di Masjid Besi hari ini…

Share

Orang ramai yang tinggal di Putrajaya dan kawasan berdekatan dijemput untuk menyertai majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, petang Isnin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar, berkata, majlis anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama 13 agensi Hal Ehwal Agama Islam itu akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya mulai 5.30 petang hingga 8 malam.

“Sebanyak 10,000 pek juadah hidangan berbuka turut disediakan bagi semua tetamu,” katanya.

Beliau berkata, majlis turut diserikan dengan ceramah oleh Timbalan Mufti Pahang Datuk Badli Shah Alauddin yang bertajuk “Ramadan Pemacu Ummah Madani” serta persembahan kumpulan nasyid terkenal Rabbani.-9/3/2025

Read more

khabar terbaru