Wednesday - 12, March 2025

Tiket harga tetap Batik Air ke Sabah sarawak sempena hari raya…

Share

Untung orang yang nak balik beraya di Sabah dan Sarawak kerana syarikat penerbangan premium, Batik Air melancarkan ‘Tiket Tetap Hari Raya’ bagi memastikan penumpang dapat terbang dengan mudah dan yakin, tanpa perlu risau tentang harga tiket yang berubah-ubah.

Inisiatif istimewa ini menawarkan tambang tetap sehala serendah RM319 ke Sarawak dan RM379 ke Sabah, dengan penerbangan yang beroperasi dari kedua-dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Anda boleh mengambil peluang untuk menikmati tambang istimewa ini dengan membuat tempahan dari sekarang hingga 15 Mac 2025.

Ia dapat memberikan masa yang cukup untuk penumpang merancang perjalanan mereka. Tempoh perjalanan adalah sah dari sekarang hingga 7 April 2025 dimana ia selaras dengan musim Hari Raya bagi membolehkan penumpang menempah penerbangan mereka lebih awal.

Dengan membuat tempahan awal, penumpang boleh menikmati pengalaman yang bebas tekanan, kerana mereka tahu tempat duduk mereka telah disahkan dengan tambang tetap, tanpa perlu risau tentang kenaikan harga pada saat-saat akhir.

Sama ada pulang ke kampung untuk meraikan perayaan bersama keluarga atau merancang percutian perayaan, tawaran terhad ini menyediakan penyelesaian perjalanan yang berpatutan dan mudah buat semua yang memerlukannya.

Batik Air juga akan meningkatkan operasinya dengan menambah sehingga 140 kekerapan penerbangan tambahan semasa tempoh perjalanan puncak, untuk destinasi domestik utama seperti Kota Bharu, Alor Setar, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching, Sibu, Sandakan, Tawau, dan banyak lagi.

Pengembangan strategik ini hadir pada waktu yang tepat dalam memastikan perjalanan yang lebih lancar dan mudah ketika Hari Raya semakin hampir.-9/3/2025

Read more

khabar terbaru