Wednesday - 12, March 2025

Sultan Nazrin rasmi Masjid yang diwakaf Zahid Hamidi

Share

Masjid Tuminah Hamidi adalah bangunan megah di Bagan Datuk tepi Sungai Perak, sejak siap pada tahun 2023, masjid dengan kos RM53 juta ini menjadi tarikan baharu pelancongan relegi.

Bagan Datuk telah berubah wajah, daripada kawasan pedalaman yang dipenuhi kelapa sawit kepada salah satu tempat tumpuan orang ramai.

Musim cuti sekolah ini, Bagan Datuk menjadi salah satu lokasi pelancong yang dikunjungi oleh orang ramai apabila bercuti di Perak.

Kemunculan Masjid Tuminah Hamidi pula meningkatkan lagi nilai tambah di kawasan itu selain menjadikannya sebagai tarikan pelancongan.

Keunikan seni bina masjid itu yang dihiasi keindahan kaligrafinya pasti mencuri tumpuan orang ramai.

Masjid ini merupakan wakaf Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas nama ibunya Allahyarhamah Tuminah Abdul Jalil dan ayahnya Allahyarham Raden Hamidi Abdul Fatah.

Pada Isnin, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sendiri berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi.

Keberangkatan tiba baginda pada kira-kira 7 malam disambut Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Sejurus tiba, Sultan Nazrin berkenan menanam pokok bunga tanjung atau Mimusops elengi sebelum melawat pameran serta berbuka puasa bersama lebih 2,500 jemaah.

Baginda turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih.

Pada majlis sama, Ahmad Zahid turut menyantuni dan menyumbang duit raya kepada 300 pelajar tafiz dan anak yatim selaras dengan prinsip Malaysia Madani yang mengutamakan nilai kesejahteraan, ihsan dan hormat untuk semua lapisan masyarakat.

Masjid ini dibina dengan konsep masjid terapung di tepian Sungai Perak, masjid ini mampu menampung sehingga 5,000 jemaah pada satu-satu masa.

Selain menjadi tarikan pelancong, ia turut dilengkapi dengan dataran terbuka, dewan serbaguna, bilik pameran, serta bilik persidangan dua tingkat.-11/3/2025 OLEH AHMAD SAUQI ABDUL RAZAK

Read more

khabar terbaru