Thursday - 13, March 2025

Perhimpunan Agung UMNO pada 20 hingga 23 Ogos ini

Share

Perhimpunan Agung UMNO tahun ini akan berlangsung 20 hingga 23 Ogos ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki beritahu menerusi satu kenyataan Rabu Mesyuarat UMNO bahagian akan berlangsung pada 9 Jun hingga 27 Julai.

Persidangan UMNO cawangan akan berlangsung dari 7 April hingga 25 Mei ini.

Dalam kenyataan itu , Asyraf juga berkata, UMNO memandang serius isu semasa berkaitan sensitiviti agama, kaum dan kedudukan institusi raja-raja Melayu sehingga mencetuskan ketegangan dalam masyarakat.

“UMNO tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mempertikai, meremeh atau mencabar asas penting yang menjadi teras kestabilan negara, terutama kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan keistimewaan Melayu Bumiputera tanpa menafikan hak kebebasan beragama dan berbudaya dijamin Perlembagaan.” – 12/5/2025

Read more

khabar terbaru