Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi menegaskan wang tunai RM170 juta dan emas RM7 juta yang disita SPRM dalam siasatan membabitkan bekas Perdana Menteri Ismail Datuk Seri Sabri Yaakob tiada kaitan dengan parti itu.
“Ia tidak ada kaitan langsung untuk dana politik ataupun kutipan yang dibuat oleh UMNO.
“Kita berpendirian bahawa UMNO tidak pernah terlibat dengan wang dan jongkong emas yang telah disita oleh SPRM,”katanya yang juga Timbalan Perdana Menteri.
Bercakap kepada para wartawan di majlis berbuka puasa UMNO di ibupejabat parti di WTC Rabu,Zahid menolak kemungkinan isu berkenaan akan menjejaskan imej parti.
Katanya tiada isu kepimpinan atau ahli UMNO yang terkesan.
“Kami anggap ini kes peribadi,satu hal individu.”- 12/3/2025